Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 12, 2011

Yaya solat..?

Posted by Natrah at 2:02 AM 0 comments
Actually nak snap gamba Yaya tengah semayang magrib....pelan2 bawa kuaq tepon nk snap,dia perasan.....terus beraksi cam kt bawah ni...x dapat la nk tunjuk gamba dia tunggang tebalik semayang...siap baca doa g...

tara....x jadi la nk sambung semayang.da perasan Mama nk skap gamba...

Posing camni la...

Buat muka ala2 comey...

close-up sikit.....

Waaaa...da bosan control senyumm...

Monday, October 10, 2011

nak anak soleh..?jom try

Posted by Natrah at 6:54 PM 0 comments
Ciluk dr blog ni...to share ngan kawan2 :

Untuk menangani anak nakal. Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.


Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1.selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan kat kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur...
2.kita kena sabar bebanyak...pendekatan moden sekarang ialah jgn menangkan anak...tapi slow talk dan pujuk lebih baik disamping byk berdoa pada Allah mintak dilembutkan hatinya
3. bangun pagi..peluk anak sebyk 3x. usapkan kepala & berselawat sambil berniat di dlm hati
(bergantung pd niat kita utk si anak)
4. baca al-fatihah,lbaca surah taha ayat 1-5..dan kemudian baca doa NABi DAUD sebyk 3x
"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU
LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI" dan hembuskan makanan/minuman atau kalo
anak masih menyusu..hembuskan pd susu.
5. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
6.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.
Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
7. Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
8.Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru lelap kerap saya amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
9.Selepas solat lima waktu, saya mengamalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”
Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”
Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.
p/s Marilah kita sama2 mengamalkannya semoga anak2 kita akan menjadi anak2 yang soleh & solehah

Wednesday, October 5, 2011

Bersalin nanti....

Posted by Natrah at 11:49 PM 2 comments
Walaupon aku da pernah beranak,tapi aku xdak pengalaman besalin ni...sakit besalin pon xtau as masa Yaya dulu emergerncy operation -> bukaan serviks - zero...So, kali ni berdebar2 jugak, camna agaknya sakit bersalin ni....?apa tanda2nya..? Susah ka nk push2..?Harap bole la bersalin normal..teringin sangat nk merasa.....

Kalini,plan xnak amik cuti awai.....betoi2 sakit besalin baru nak cuti...kalo dok umah nnt terasa masa sgt lambat berlalu...pastu, rugi... nnt tak cukup masa spend masa ngan bb baru ,dah nk kena keja semula....so, harap2 dapat keja sampai ke saat besalin..aminnn...so, kengkawan opis, family kt Penang..get ready ya...anytime dr sekarang, tolong antaq saya ke Hospital berdekatan bila tiba masanya nnt..heheheh..

Ni buat renungan bersama...tanda2 bersalin yg dceduk dr google :

Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

-> Bayi turun ke bawah
-> Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
     - sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
     - kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
     - sakit perut, memulas
     - kerap buang air besar
     - kerap terkentut
-> Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
-> Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
->Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
-> Sakit belakang
-> Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
     - Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
     - Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
     - Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
->Pecah air ketuban
     -Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Bila Perlu ke Hospital??
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
- kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
- keluar air ketuban.
- pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
- keluar darah dari vagina.
- apa saja masalah yang dialami

Tuesday, October 4, 2011

Dipenghujungnya.........

Posted by Natrah at 8:54 PM 2 comments
Lirik lagu Iqa Mentor 5 --> Di Penghujungnya

Bila setiap tutur kata yang kita ucapkan
Lebih menyakitkan sayang
Tiada akhirnya bertengkar dalam kecewa
Mungkin perasaan cinta yang dulu di bangga
Kini sudah hilang sayang
Janganlah cuba memaksa hati yang tawar

Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura-pura masih bersatu
Sedangkan dua
Muka bertentangan
Suatu penyeksaan

Tak guna lagi
Untuk ku terus
Berpaut janji
Yang telah lupus
Perjalanan kita
Mungkin sudah tiba
Di penghujungnya

Mungkin perasaan cinta yang dulu di bangga
Kini sudah hilang sayang
Janganlah cuba memaksa hati yang tawar

Ku doakanmu dapat ketemu seorang insan yang lebih baik dariku
Doakan aku dapat ketemu cinta yang lain untuk menemani hidup

36 weeks..anytime dah ni

Posted by Natrah at 6:59 PM 0 comments
Kejap ja rasa masa bergerak..tup2 da 36 weeks....taim ni agak payah nak tido..ngiring kanan tak kena, ngiring kiri tak kena....lentang lagi lahh.....haiii la, payah no nak lelap...mata dah jadi panda...yg bestnya, pas solat subuh mesti taim paling best nk terlelep....padahal, taim tu la paling kalut...nk masak lauk Yaya,nk siap nk p keja...nk kemas uma apa yg patut....nak pulak kalo si kecik tu bangun awal...hai,dugaan sungguh...tapi, I really enjoy the moments during pregnnancy..

Sekarang still drive sendiri p tempat kerja, kluar lunch ngan bff.....nk kena mkn puas2 sbb pasni berazam nak kasi slim balik cam anak dara balik...tengah semangat nih. 2 hari sudah, ajak K Lina p beli barang nak berpantang..minyak panas, jamu, param..dan sebagainya....mmg admire kt K Lina ni, sbb umur da dekat 40,tapi body maintain cam anak dara..so, korek2 rahsia dia. Dia kata taim pantang ni la paling kritikal, kalo nk kurus senang taim ni la...tuk kesihatan long term jugak. Dia kata kena tangas, sbb tangas tu sangat bagus bagi wap herba masuk lam badan,pastu badan akan berpeluh2....pastu, kena konsistent makan jamu sbb badan kena sentiasa panas..lagiiiii, param dan bengkuk yang akan kempiskan perut...macam2 ilmu yg dia shara dan terus jadi semangat nak pantang elok2...nak kena jaga badan pasni, anak dah dua, kena sentiasa sihat dan ceria..kalo tak sapa nak jaga hero2 I tu....

Persiapan baby baru...beli sikit2 ja, yg lain pakai barang abang dia...cuma,pending kat blanket with hook ja tak beli g...cari yg abang dia tak jumpa....tapi,apa pon lom packing g...belonggok kat bilik belakang..emmm, tak sabar nak tatap muka anak baru....meriah hidup pasni.

Makin nak bersalin, hati makin tenang...walaupon dugaan menimpa2....terbaru, taim parking kat opis, keta mana ntah langgar bumper belakang...senget da...dah la baru cat...sedih2...Tuhanku, permudahkanlah perjalanan hidup hambamu yang lemah ni, tabahkanlah hati, kuatkanlah semangat demi anak2ku...

 

Virtual Diary dedicated to my handsome boys: Yusuff and Thohir Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez