Walaupon aku da pernah beranak,tapi aku xdak pengalaman besalin ni...sakit besalin pon xtau as masa Yaya dulu emergerncy operation -> bukaan serviks - zero...So, kali ni berdebar2 jugak, camna agaknya sakit bersalin ni....?apa tanda2nya..? Susah ka nk push2..?Harap bole la bersalin normal..teringin sangat nk merasa.....
Kalini,plan xnak amik cuti awai.....betoi2 sakit besalin baru nak cuti...kalo dok umah nnt terasa masa sgt lambat berlalu...pastu, rugi... nnt tak cukup masa spend masa ngan bb baru ,dah nk kena keja semula....so, harap2 dapat keja sampai ke saat besalin..aminnn...so, kengkawan opis, family kt Penang..get ready ya...anytime dr sekarang, tolong antaq saya ke Hospital berdekatan bila tiba masanya nnt..heheheh..
Ni buat renungan bersama...tanda2 bersalin yg dceduk dr google :
Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.
-> Bayi turun ke bawah
-> Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
- sakit perut, memulas
- kerap buang air besar
- kerap terkentut
-> Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
-> Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
->Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
-> Sakit belakang
-> Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
- Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
->Pecah air ketuban
-Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Bila Perlu ke Hospital??
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
- kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
- keluar air ketuban.
- pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
- keluar darah dari vagina.
- apa saja masalah yang dialami
Obsession with Maroon
2 years ago
2 comments:
nat, selalu contrdaction tu sdtart 30 mins sekali, then 20 mins sekali, then 10 mins sekali ...
bila dah makin kerap tu, time utk bersedia..ingat camna nak kawal napas ....
mak ain suruh mandi sblum pi hosp utk cepatkan contraction so that cepat bersalin...
take care..
tq Ain..harap2 dpermudahkan bersalin nnt
Post a Comment